CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 24 Disember 2008

salam..

disini saya ingin memaklumkan..
ade 1 owang bnin klas kite mengalami pembesaran punggung...
hahahaha..

Ahad, 21 Disember 2008

bace nie,,kawan2...

kartun pokemon...
nauzubillah...sebarkanlah pada Muslim yang lain kalau sayang pada Islam...
BAHAYANYA KARTUN POKEMON atau lebih dikenali sebagai 'PUKMON'..
korang tau x maksud>
POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya???
POKEMON bermaksud saya yahudi..
>PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah(nauzubillah)........
jadi.........tolong SEBARKAN kepada rakan2 korang semua...
Protect Our Populatian Of Islam...

Sabtu, 20 Disember 2008

salam..........

salam...
ana ada tukar layout blog kiter...
tapi ana nak mintak maaf...
coz ade elemen yang terpaksa dipadamkan...
maaf,yea...

Khamis, 4 Disember 2008

untuk kiter2

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.


Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"


Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".


Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.






Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini - Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.



Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)


Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!


Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.


Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?


Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?


Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!


Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.


Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.


Annisa : apakah hakikat tudung?


Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.


Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?


Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu


"buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"



Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.


Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.


-Wallahu A'lam-

Rabu, 3 Disember 2008

Setiap orang ada kelebihan

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Isnin, 1 Disember 2008

ana arap student2 klas ni dpt memanfaatkan cuti yg ade dgn sebaiknye...insaALLAH..thn dpn dh nk pMr,kn la ready dr awl...tul x..k ah,2 je peringatan dr ana...assalamualaikum

Selasa, 25 November 2008

Hari Al-Quds Sedunia

21 OgOs 1969:Hari Al-Quds Sedunia
Peristiwa di mana Masjidil Aqsa
di Baitul Maqdis dibakar oleh
pelancong Australia berbangsa Yahudi..
Tertuduh dibebaskan dari tahanan atas
alasan kurang siuman.JANGAN KITA LUPA
tarikh qiblat pertama umat Islam
dibakar.Mimbar tempat Salahuddin
Al-Ayyubi berkhutbah turut dibakar...

Ahad, 23 November 2008

beri perhatian!!!pntg sgt ni....

Sekarang kristian sedang aktif di seremban,selangor dan kian pesat ke negeri lain.
1900 org paderi melayu yg bru tiba dari singapore berada di sini.hati2 dgn air mineral:
1)al-baramkah
2)al-mansori
3)al-bistaria
4)al-mansur
5)almubarakh
6)al-barakah
7)al-bestari
air tersebut telah dicampur dgn 'HOLY WATER'.air ni boleh mengakibatkan lidah keras@kelu untuk menyebut nama ALLAH.
p/s:hrp korg dpat sebarkan kt rakan2 korg yg lain demi ISLAM tercinta

Jumaat, 21 November 2008

~apa khabar~

camna dop umah cuti nie???
bez x??
msti bowink kan..
kl bowink g ler ngaji...lgi bgs...
mulakan study anda coz taun dpan pmr...x lamakan..taun dpan wat molek.
chaiyok!!!

Khamis, 20 November 2008

waaah

waaah...comey arh layout blog nih!!!
time kaseh saper yg tlg tkar tuh..

Selasa, 18 November 2008

11. Robin van Persie | Players | First Team | Arsenal.com

11. Robin van Persie | Players | First Team | Arsenal.com

Isnin, 17 November 2008

maksud bitch tu anak anjing. kalu x silap.tgk la kamus semula.
jd arap2 tukar la korang punyer layout tuh...

arghhh...knapa aku d persalahkan!!!!!!!!


woi....knapa aku d persalahkan???aku x tukar pun gambar klass...sape tulis 2 alu nk dea sndiri letak gambar klass balik...ikut suka hati ko jee tulis nama aku...ni yg shaya nk marah nii...ni mesti ketua klasssss yg tulishh...

Ahad, 16 November 2008

***gambo kelas***

sape nk tolong ltk smule gambo klas???
sape yg ubah tu,,,kene arh ltk smule gambo klas..
paham2 je la......

Sabtu, 15 November 2008

~cInTA@tEmAn~

Satu hari CINTA & TEMAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?
Kerana CINTA itu buta..
Lalu TEMAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa? Kerana... TEMAN akan buat apa sahaja demi CINTA
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan TEMAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa ?
Kerana... TEMAN itu sejati & akan kekal sebagai TEMAN yang setia...kan
So, hargai lah TEMAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya kekasih, TEMAN still paling setia. Walau kita punya harta banyak, TEMAN still paling berharga.

~miNtak TolOnG~

tlg ubah background kls kte...
pliz...
x comey la...
hodoh gile..
pesanan ditaja khas dari tut(ditapis)

~FikIr2 kanLAh~

kerAp kali mAnuSIA m'mandang Sblah mata kpD anjing N khinzir....
tpi pRnahkah kte mrAsaKan keHInaan trBsAR adalH bgi mereka YG berkhalWat,,
serTA mnyenTUh laki@poaN yG bkN mahRAm sblum bernikah????anjing n khinzir jg makhluk allah,kduan2nya taat n takutkn allah....

RENUN2KANLAH

~ciNTa IbArAt kEnTuT~

"cinta.....
ibarat kenTuT..."
makiN diPEndam....
maKin gelisah....
billa
DIlePasKan.

aaahhhhhhh lega RaSanye...

Jumaat, 14 November 2008

bkpe g tuko?????????argh!!

buruk giler gambo!!!
bkpe gi tkr gambo???
gambo klas kiter tue kan dh comey dh!!!!!!!!!!1

~peNDek BErMakNA~

Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

~anDa MaNA 1~

Manusia, Malaikat, Syaitan ..
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak
Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah,
ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz

Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam,
mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...
dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,
pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde
style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai
manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..
aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,
bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..
rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti
seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk?

Khamis, 13 November 2008

~ReNUngkanLAh~

kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda...

Rabu, 12 November 2008

renung2kanlah syeikh wa syeikhoh....3

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.
“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-

pesanan ini sesuai untuk antum sume...kitalah..2

Over Rate Diri Sendiri “Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

baca lah sudara2 hamalatul quran...1

Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.Lawan Vs Kawal“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

jamuan

sy harap sumer student klas kita ni dpt result yg baek
tp sy nk tnye satu soalan ar......
apesal klas kiter x bwat jamuan akher thun?
sy cadang kan kiter bwat awl thun dpan.
makan2 dah arh....amacam?

Selasa, 11 November 2008

alhamdulillah....
kelas kita ade 2 owang dpt mumtaz i'dadie drpd 15 org.
tapi,,,,teruskan usaha.........
gud luck,ok!

x dE oRG.....arGHHH!!!!!

gua rse kn....cam krang plak banat bkak blog nih....huh.

Sabtu, 1 November 2008

buat semee bdk yg perekse........good luck

Khamis, 23 Oktober 2008


Kisah Cintaku

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.”

Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...

Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”

Mengapa kamu sering membuat alasan ketika
Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.

Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”

SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” ..Kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”

Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..

PAT!!!

assalamualaikum....
pe kabo?
ni nak bagitau....
peperiksaan akhir tahun dekat dah....
korang sume study dok lagi?
harap2 sedia dah nak periksa
jaga kesihatan, kekgi kan kalu sakit... dokleh periksa. betul dok??
paling penting, jaga hubungan dengan Allah. solat tahajud, solat hajat, solat sunat, macam2 ah...
last skali, semoga kite sume berjaya dengan cemerlang, Insya-Allah... Amin...........

Sabtu, 18 Oktober 2008

TENTANG 2ua...

kelas kami adalah satu2 nya kelas yg ada black hole di siling kelas kami....
pelajar kelas kami sungguh berbakat...
antaranya ialah;uzair(vokalist skolah)firdaus(wakil kolah bolah sepak n takraw)aiman(wakil sekolah bola sepak)amirul(wakil daerah badminton)uthman(JKBI)fahmi(komander kolah)muhammad(pengawas psp)ridzwan(tali pinggang hitam taekwando)asyraf,amal(wakil sekolah takraw)shamir(bola tampar)syakirah(solo kolah)dhaniah(pingpong)dan lain-lain...

Jumaat, 17 Oktober 2008

kelas kami mempunyai ramai pelajar..
banin kelas kami cmua encem..
banat ok la gak..

tentang 2ah

tau x?ade student banin 2 ah msuk hospital.so,sama2 la kita tlg doakan...

Isnin, 13 Oktober 2008

kutipan duit bulanan kelas

semua ahli kelas 2UA, anda diminta menjelaskan duit kutipan bulanan kelas yang berjumlah RM1 kepada bendahari (Uthman). sekiranya anda tidak dapat menjelaskan bayaran tersebut, anda akan diambil tindakan yg sewajarnya. sekian. "hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut"- maksud hadis

cadangan bernas

gua ad 1 cadangan!!!!!sape nk dgr??nk dgr,dgr r.x nk sdah.....pe kate kte wat jamuan......kt mne2 tmpat tp luar dgn.....amacam?????

Isnin, 22 September 2008

pengenalan

selamat datang ke blog kelas kami..salam perkenalan..haiiiiiiiiiiiiiiiiiii